Skuad ini Boleh Jadi Skuad Piala Asia - Kim Pan Gon

Ramai beranggapan skuad ini mungkin tidak boleh beraksi di Piala Malaysia selepas kehadiran pemain JDT yang tidak turun bermain untuk pasukan negara atas faktor keletihan. Namun lain pula kata kim pan gon, skuad ini boleh ke piala asia jika terus menerus menunjukkan keyakinan untuk menunjukkan yang mereka layak ke piala asia.


Skuad ini Boleh Jadi Skuad Piala Asia - Kim Pan Gon


Skuad ini Boleh Jadi Skuad Piala Asia - Kim Pan Gon

Pan Gon berkata; "Untuk Piala Asia, jika mereka (pemain baharu dalam skuad Piala AFF) tunjukkan aksi memukau dan dapat meyakinkan kami, ia satu kelebihan.

"Ia kerana jika kami yakin dengan pemain terbabit, sudah tentu kami akan mengekalkan dan menyenaraikan semula untuk sertai pasukan kebangsaan. Itu kebaikan untuk pemain," kata bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) itu.

"Sebagai contoh, kita sudah bina skuad utama dan kita tidak boleh ubah terlalu banyak dalam satu satu perlawanan.

"Ia mesti tetap ada tonggak utama dalam pasukan dan ia tidak boleh diubah, tetapi kita boleh tambah pemain baharu di beberapa bahagian dalam perlawanan ditempuhi atau pertandingan.


"Tapi buat masa ini bagi saya ia situasi yang agak mencabar, di mana kebanyakannya adalah muka baharu. Lebih baik kita fokus terlebih dulu untuk peringkat ini (Piala AFF), di mana kita tidak boleh memandang terlalu ke depan kerana pertandingan semakin hampir.

"Masa semakin suntuk dan ramai pemain baharu, jadi lebih baik kita fokus untuk Piala AFF untuk memperagakan persembahan terbaik buat penyokong," katanya.

Previous Post Next Post