Keisuke Honda Diganggu Panggilan Telefon Misteri di Indonesia

Menjelang pertemuan dengan Indonesia pada hari ini, satu cerita menarik yang dimuat naik oleh pengurus pasukan Kemboja iaitu Keisuke Honda di twitter nya.

Jurulatih berkenaan mengatakan dia mendapat dua panggilan misteri pada jam 4 pagi waktu indonesia di Hotel tempat dia tinggal. Bagkan ia juga di sahkan oleh pemain-pemainnya yang turut sama mendapat panggilan berkenaan. 

Dalam muat naik itu, Honda mengakui telefon di dalam biliknya berdering dua kali pada awal pagi.

Keisuke Honda Diganggu Panggilan Telefon Misteri di Indonesia


"Dua panggilan ke bilik hotel tempat saya menginap sekitar jam 4 pagi. Kedua-dua panggilan ditutup sebelum dijawab. Esok adalah perlawanan penting, jadi saya akan memaklumkan kepada pemain tentang apa yang berlaku," tulis Honda.

"Kalau difikirkan balik, bukankah saya pernah cakap sebelum ini? Ini cerita biasa sebelum perlawanan besar."


Pengakuan Honda itu dibuat beberapa jam selepas pemain pasukan kebangsaan Kemboja tiba di Jakarta. Skuad kendalian Ryu Hirose itu diketahui baru mendarat di Indonesia sekitar jam 22.15 WIB.


Menurut maklumat, ketibaan skuad Kemboja itu agak tertangguh daripada jadual asal. Ini kerana penerbangan tertunda sebanyak tiga kali sehingga Kemboja gagal menjalankan sesi latihan.

Kemboja bertandang ke Indonesia dengan peruntukan kemenangan pada perlawanan sulung Kumpulan A Piala AFF 2022. Skuad yang diberi jolokan Angkor Warriors itu mengalahkan Filipina 3-2 di Stadium Nasional, Morodok Techo, Selasa lalu (20/12/2022).


Previous Post Next Post