Datuk Syafinaz Gembira Fieqa ATNM2 Terima Teguran

Datuk Syafinaz Selamat yang merupakan Kapten All Together Now Malaysia Musim ke-2 (ATNM2) turut ditanya mengenai Fieqa atnm yang viral baru-baru ini. Syafinaz juga berkata dia gembira kerana fieqa dapat menerima teguran yang diberikan.

Pada masa yang sama Syafinaz berharap netizen tidak terus mengecam peserta itu lagi kerana isu sudah selesai.


Datuk Syafinaz Gembira Fieqa ATNM2 Terima Teguran




Syafinaz berkata; “Saya gembira adik menerima teguran saya dan Catriona Rose dengan hati terbuka.


“Sebagai orang lebih dewasa dan matang, adalah menjadi tugas kami (juri ATNM2) untuk menegur dengan cara yang sebaik dan selembut boleh bagi memperbaiki kesilapan (secara sengaja mahupun tidak sengaja) adik-adik yang baru ingin berjinak dalam bidang ini khususnya dan menyadarkan masyarakat secara amnya,” katanya.


“Setiap manusia sentiasa membuat kesilapan. Yang penting adalah keinginan dan usaha setiap individu untuk memperbaiki diri sendiri.


“Saya amat simpati kepada adik kerana mendapat keceman yang begitu hebat daripada netizen.


“Buat semua, hentikan kecaman dan cara penulisan yang toksik dan berikan ruang untuk adik Fieqa memperbaiki dirinya. Kita ambil iktibar daripada situasi ini untuk memperbaiki diri sendiri,” tambahnya.


Previous Post Next Post