Malaysia Menang Keatas Myanmar

Anak buah Kim Pan Gon terpaksa berhempas pulas untuk menang dalam perlawanan malam ini menentang pasukan Myanmar di Yangon. Barisan terkuat dari barisan pemain yang terpilih berjaya menyelamatkan gawang daripada di bolosi lawan pada awal minit perlawanan.

Di separuh masa pertama, Myanmar banyak menyerang tetapi pasukan negara berjaya menempis serangan tersebut dengan baik dan sempurna. Pemain myanmar juga banyak kali melakukan terjahan keras keatas pemain Harimau Malaya.


Malaysia Menang Keatas Myanmar




Selain itu, kerap membuang masa juga menjadi taktik pasukan Myanmar untuk memenangi perlawanan. keputusan separuh masa pertama masih seri tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, pasukan Malaysia memasukkan Lee Tuck dan ia menambahkan serangan negara menjadi lebih baik. Tuck menggantikan Darren Lok yang dikeluarkan akibat kecederaan.

Pada minit ke Faisal halim berjaya menjaringkan gol selepas menerima hantaran menarik dari Safawi rashid dari tengah padang. 

Jaringan faisal itu juga menjadi jaringan tunggal perlawanan apabila pasukan Myanmar gagal menyempurnakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan kerana di selamatkan oleh Syihan Hazmi.

Keputusan akhir Myanmar 0-1 Malaysia.

Previous Post Next Post