Tan Cheng Hoe Idam Juara Piala Malaysia

Tan Cheng Hoe Idam Juara Piala Malaysia itulah yang dilontarkan oleh bekas jurulatih kebangsaan yang sudah mencipta kejutan baru dalam kebangkitan Selangor FC musim ini.

Cheng hoe berkata tidak ada jurulatih yang boleh memberi jaminan yang pasukan mereka akan menang tetapi dalam hati mereka sudah pasti mahu menjulang piala berprestij tersebut.

Tan Cheng Hoe Idam Juara Piala Malaysia


Tan Cheng Hoe Idam Juara Piala Malaysia

Jurualatih selangor itu berkata; "Mana-mana jurulatih terbaik pun tidak boleh beri jaminan (menang) di final, tetapi impian jurulatih di final sudah pastilah mahu menjadi juara.


"Kita lihat bukan mudah untuk membawa pasukan berada pada tahap terbaik dalam masa singkat dan menjangka aksi sengit dan saingan cukup hebat malam esok.


"Kita pun mahu capai impian (ke Piala AFC), tetapi kita nampak Selangor tidak berada pada tahap terbaik sepanjang musim ini dan final ini satu pencapaian yang besar.

"Kalau muncul juara, itu adalah bonus cukup besar. Jadi saya harap pemain dapat fokus dan percaya mereka mampu memberikan persembahan terbaik," katanya 

"Mereka (pemain kebangsaan di JDT) pasti tahu corak permainan dan taktikal yang mahu saya serapkan pada Selangor.

"Setiap aksi final adalah berbeza walaupun saya tahu kekuatan individu setiap pemain JDT dan sebaliknya.

"Seperti yang selalu saya katakan kepada pemain, apa yang penting adalah persembahan pada perlawanan akhir itu nanti," katanya.

Previous Post Next Post