Piala Malaysia: Sharul Nazeem Idam Bawa Pulang Piala

Rupanya sudah 7 tahun selangor tidak membawa pulang sebarang Piala. jadi bila dapat melangkah ke final kali ini sudah pasti mereka mahu membawa pulang Piala Berprestij tersebut.

Bercakap kepada pemberita, Pertahanan selangor Sharul Nazeem Zulpakar berkata Selangor perlu bermain baik dan memanfaatkan setiap peluang yang ada dalam final malam ini. 


Piala Malaysia: Sharul Nazeem Idam Bawa Pulang Piala


"Selangor sudah lama tidak menjuarai piala, jadi saya rasa inilah masa terbaik untuk pemain menunjukkan bakat bagi memenangi Piala Malaysia pada tahun ini.

"Saya harap rakan sepasukan dapat memberikan yang terbaik pada aksi malam esok. Kalau diberi rezeki, insya-Allah, kami boleh memenangi Piala Malaysia," katanya 

"Piala Malaysia adalah piala terbesar di Malaysia dan untuk final buat kali pertama ini, semestinya saya gugup dan begitu juga untuk rakan sepasukan lain.

"Kami tahu kualiti pemain JDT yang bagus dan kebanyakannya pemain kebangsaan. Tetapi kami perlu bermain seperti biasa.

"Pada masa sama, kami perlu segera menyesuaikan diri dengan perlawanan dan fokus pada setiap gerakan diatur pemain JDT," katanya.

Previous Post Next Post