Shahidan Kassim Bertanding Tiket PN

Shahidan Kassim Bertanding Tiket PN. Selepas ditendang oleh barisan nasional, kini penyandang kerusi parlimen arau Datuk Seri Shahidan Kassim akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Shahidan Kassim Bertanding Tiket PN


Shahidan Kassim Bertanding Tiket PN

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Majlis Ceramah Perdana sempena Majlis Pengisytiharan Calon PAS Terengganu PRU15, di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, hari ini yang dihadiri oleh lebih 10 ribu penyokong.


Selain Shahidan, penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Sri Ismail Abd Muttalib yang turut digugurkan daripada calon BN turut diumumkan mewakili PN bertanding mempertahankan kerusi itu.

Shahidan berkata;

"Bagi memastikan kemenangan PN, kita akan gempur Parlimen Arau secara habis-habisan.


"Terima kasih kepada seluruh pimpinan PN termasuk Abdul Hadi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk bertanding di Parlimen Arau," katanya sambil berseloroh terpaksa bergegas pulang ke Arau untuk mengisi borang pencalonan selepas menerima watikah sebagai calon PN.



Previous Post Next Post