SAH! Melaka United dan Sarawak United Tidak Layak Bermain di Liga Super 2023

SAH! Melaka United dan Sarawak United Tidak Layak Bermain di Liga Super 2023. Baru-baru ini, kedua-dua pasukan telah mengemukakan rayuan kepada MFL agar membenarkan mereka bermain di liga super 2023 nanti. Hasil mesyuarat mereka telah mengeluarkan satu kenyataan dan sudah memaklumkan kepada keduadua pasukan tersebut mengenai keputusan rayuan mereka itu.


SAH! Melaka United dan Sarawak United Tidak Layak Bermain di Liga Super 2023




SAH! Melaka United dan Sarawak United Tidak Layak Bermain di Liga Super 2023

MFL dalam satu kenyataan berkata; 

 JAWATANKUASA RAYUAN PELESENAN KELAB MFL TOLAK RAYUAN PERMOHONAN LESEN KEBANGSAAN MELAKA UNITED FC & SARAWAK UNITED FC

Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB), telahpun  bermesyuarat dan membuat keputusan bahawa rayuan kelab Liga Super Melaka United FC (MUFC) dan Sarawak United FC (SUFC) untuk memohon Lesen Kebangsaan ditolak.

Keputusan itu diumumkan kepada pasukan pada hari ini oleh Mohamad Yasin Abdullah melalui pemakluman rasmi  sekali gus menyaksikan MUFC dan SUFC tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super 2023.

AB telah mempertimbangkan rayuan MUFC dan SUFC berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2022 pada 12 Oktober 2022 selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022.

MOHAMAD YASIN ABDULLAH

PENGERUSI JAWATANKUASA RAYUAN PELESENAN KELAB MFL

Previous Post Next Post