VAR tidak memberi sebarang impak pada pemain- Bojan Hodak

Satu keterujaan peminat bola sepak Malaysia adalah kewujudan VAR dalam pentas final AFC Cup 2022 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada sabtu.

VAR sinonim dengan bantuan pengadilan kepada pengadil yang bertugas dan adakala ia merupakan satu mimpi ngeri kepada pasukan yang bertanding apabila hak mereka di ragut.

VAR tidak memberi sebarang impak pada pemain- Bojan Hodak


VAR tidak memberi sebarang impak pada pemain- Bojan Hodak

Bagi Bojan Hodak pula, dia menganggap VAR tidak membantu dan tidak memberi impak kepada pemain dan dia juga jelaskan yang VAR hanya untuk pengadil sahaja sebagai bantuan. Jadi kita tidak perlu takut dengan kewujudan VAR tersebut. 

"VAR tidak memberi sebarang impak pada pemain, cuma dapat membantu pengadil sahaja.

"Ia tidak merubah hakikat bahawa pasukan Al-Seeb sememangnya lebih kuat berbanding semua pasukan yang kami temui pada peringkat sebelum ini," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, hari ini.

"Pemain-pemain kami berada dalam keadaan baik dan tiada siapa cedera. Pada dua perlawanan lalu, kami terpaksa melakukan penggiliran pemain supaya pemain-pemain cukup rehat," katanya.

Previous Post Next Post