Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Idris Ahmad di laman facebook beliau yang menyatakan pihak nya telah berhubung dengan menteri belia dan sukan untuk melewatkan tarikh sepak mula perlawanan akhir piala afc yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil esok.


Menteri Agama Minta Final AFC Dilewatkan


Menteri Agama Minta Final AFC Dilewatkan

Ustaz idris berkata; Saya telah menghubungi Menteri KBS, Dato Seri Faizal Azumu memaklumkan permintaan melewatkan sedikit perlawanan akhir AFC yang menemukan wakil negara kita KL City dan wakil negara Oman Al Seeb, bagi memberi ruang para penyokong untuk Solat Maghrib. 

Dalam masa yang sama, saya juga meminta YADIM di bawah agensi kami untuk menyediakan ruangan solat bagi kemudahan para penonton dan mungkin boleh memberi pendedahan pratikal mudah untuk mengambil wudhu’ yang menyenangkan para penonton untuk solat. 

Saya juga telah meminta pihak JAWI untuk membawa kemudahan surau bergerak mereka. 

Jadi, harapan saya semua penonton yang muslim boleh tunai solat dengan tenang. Saya doakan juga kemenangan KL City dengan penuh bergaya. 

Dah solat, mesti jeritan GOOOOL bakal bergema di pihak KL City dengan lebih semangat hendaknya šŸ„³šŸ„³

#bersihdanstabil

#MalaysiaSejahtera

#solatjangantinggal


Previous Post Next Post