VAR TIDAK DIGUNAKAN DI MALAYSIA

 VAR TIDAK DIGUNAKAN DI MALAYSIA. Hasrat peminat bola sepak Malaysia melihat penggunaan VAR dalam pertandingan setempat tampaknya tidak akan menjadi kenyataan. Ini kerana pihak MFL masih belum mahu melakukannya kerana kos terlalu mahal dan tidak semua pasukan dapat menyediakannya.


VAR TIDAK DIGUNAKAN DI MALAYSIA




VAR TIDAK DIGUNAKAN DI MALAYSIA

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata;

"Isu VAR ini bukan saja untuk satu perlawanan semata-mata namun turut membabitkan aksi lain. Untuk menggunakan VAR seperti sedia maklum kosnya terlalu mahal selain kemudahan di stadium juga terhad.

"Ketika ini, banyak perbincangan dalaman dilakukan termasuk mengadakan kursus untuk pengadil selain turut ada cadangan lain bagi mempertingkatkan kualiti pengadilan.


"Jika hanya perlu digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah tidak adil kerana kita perlu juga lihat venue lain seperti di Kota Bharu (Stadium Muhammad IV) dan Stadium Sultan Ibrahim (SSI)," katanya 

Previous Post Next Post