Qatar Lokasi Piala Asia 2023

Banyak spekulasi yang berlaku dan banyak juga teka teki mengenai venue kejohanan terbesar asia iaitu Piala Asia 2023 telah terjawab selepas pengumuman rasmi di keluarkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).  Anak buah Kim Pan Gon akan bermain di Qatar dalam piala asia nanti.


Qatar Lokasi Piala Asia 2023


Qatar Lokasi Piala Asia 2023

AFC dalam satu kenyatan mengumumkan bahawa Qatar telah di pilih sebagai venue Piala Asia 2023 dan Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Qatar (QFA)atas kejayaan memenangi bidaan tersebut.

Presiden afc juga mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bolasepak Korea (KFA) yang turut memebuat bidaan.

"Tahniah kepada Qatar kerana mendapat hak penganjuran Piala Asia yang akan datang. Kemampuan Qatar dan rekod cemerlang dalam menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa sememangnya disegani di dunia ini.

"Saya ingin memuji AFC atas profesionalisme dalam mengendalikan proses bidaan yang adil dan telus selain terima kasih kepada rakan kongsi komersial serta penaja atas kesabaran ketika detik sukar ini.

"Mengambil kira tempoh persiapan yang singkat, kami tahu ini satu situasi yang sukar. Namun dengan infrastruktur berkelas dunia dan kemampuan menjadi tuan rumah, kami percaya Qatar mampu menjadikan Piala Asia sebagai saingan berprestij," katanya.

AFC juga telah menyenarai akhir dua negara untuk kejohanan afc 2027 nanti iaitu India dan juga Arab Saudi dan keputusannya akan diumumkan pada Februari tahun hadapan.

"Terima kasih kepada tiga ahli gabungan kita iaitu AIFF, QFA dan SAFF yang mengemukakan bidaan terbaik untuk menganjurkan Piala Asia 2027.

"Kami turut menghargai hasrat Persekutuan Bolasepak Iran dan Persatuan Bolasepak Uzbekistan yang turut berminat untuk menjadi hos edisi 2027 serta Bolasepak Australia bagi edisi 2023.

"Pada masa sama, kami turut mendapati bidaan daripada AIFF dan SAFF sangat menakjubkan dan QFA akan menjadi asas yang kuat sebelum penganjuran bagi edisi 2027 nanti," katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post