Kedah Pecat Aidil Shahrin

PENGUMUMAN RASMI Kedah Pecat Aidil Shahrin telah di keluarkan melalui laman rasmi KDA FC yang mana mereka mengumumkan untuk membuat haluan masing-masing dan memilih penolong jurulatih sebagai pemangku jurulatih kedah yang baru, Victor Andrag bagi saingan piala malaysia nanti. 


Kedah Pecat Aidil Shahrin


Kedah Pecat Aidil Shahrin

"KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan khidmat Aidil Sharin bersama pasukan Kedah sepanjang empat tahun di bumi Jelapang Padi dengan meninggalkan legasi dan rekod pasukan bola sepak Kedah.

"Antaranya, muncul juara Piala FA 2019, naib juara Liga Super 2020 dan 2021, layak ke peringkat separuh akhir Zon Asean Piala AFC 2022, termasuklah kejayaan membawa Kedah tiga tahun berturut-turut ke pentas Asia dengan layak ke perlawanan play-off Liga Juara-Juara AFC 2020 dan ke saingan Piala AFC pada 2021 dan 2022.

"Ahli Lembaga Pengarah KDA FC memberi keutamaan perancangan kelab untuk musim 2023 dan mengumumkan untuk membawa haluan berbeza dengan Aidil Sharin untuk baki saingan Liga Malaysia musim ini.

"Victor Andrag iaitu penolong ketua jurulatih KDA FC akan terus berkhidmat sebagai pemangku ketua jurulatih (Interim) KDA FC untuk baki saingan Liga Malaysia," katanya.

Pemilik kedah darul aman fc juga berkata; "Melihat melalui sudut pandang badan pengurusan, banyak tindakan perlu dilakukan untuk membentuk pasukan baru di masa hadapan dan dalam baki perlawanan di Piala Malaysia musim ini.

"Akan ada tindakan pentadbiran yang tidak popular dan sukar kepada sebahagian pihak dan ini adalah perlu serta lazim dilakukan dalam pengurusan sebuah kelab bola sepak di seluruh dunia.

"Kepada individu yang berjasa di bawah naungan Sang Kenari, jasa anda sentiasa menjadi kenangan dan kekal dalam lipatan sejarah bola sepak Kedah.

"Tindakan yang sukar ini tidak menafikan rasa hormat dan penghargaan kami semua yang tinggi. Sekali bersama pasukan Sang Kenari, selamanya Sang Kenari," katanya.


Previous Post Next Post