Perak FC jalin Kerjasama Dengan Wolfsburg

Perak FC jalin Kerjasama Dengan Wolfsburg. Satu pencapaian yang hebat apabila ada kelab dari Malaysia berkolaborasi dengan gergasi liga jerman seperti VFL Wolfsburg. itulah yang dilakukan oleh pengurusan perak fc untuk memberi nilai tambah kepada pasukan untuk saingan liga super pada tahun hadapan.


Perak FC jalin Kerjasama Dengan Wolfsburg


Perak FC jalin Kerjasama Dengan Wolfsburg  

Jelas pemilik Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata;

"Soal pembangunan adalah perkara paling penting kerana kita tahu pembangunan bola sepak di Jerman cukup baik.

"Soal untuk dapatkan khidmat pemain mereka bersama skuad kita pada musim depan, saya rasa tidak. Tetapi ia mungkin pertukaran pemain pra musim.

"Pemain boleh pergi ke sana dapatkan pengalaman. Jurulatih sana pula boleh datang ke sini curah ilmu," katanya pada sidang media majlis itu.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Wolfsburg, Andreas Kruse berkata;

"Kami di sini bukan hanya untuk menandatangani MoU, tetapi mahu lihat kerjasama yang boleh dilakukan.

"Pertukaran pemain yang boleh kita lakukan, kita boleh bawa pemain muda atau utama ke Wolfsburg, begitu juga bawa pemain Wolfsburg ke Perak," kata Kruse.

Previous Post Next Post