Pemain Muda Kedah serasi dengan Victor Andrag - Fayadh Zulkifli

Baru-baru ini, Kedah telah mengumumkan Victor Andrag sebagai jurulatih sementara pasukan itu selepas mereka memecat dan memutuskan untuk berpisah dengan jurulatih utama pasukan Aidil Shahrin. 

Pelantikan itu bagaimanapun mendapat respon positif dari pemain muda pasukan Kedah iaitu Fayadh Zulkifli dan dia menganggap bahawa victor sudah serasi dengan pemain muda kedah ketika dia menjadi jurulatih pasukan muda kedah.

Pemain Muda Kedah serasi dengan Victor Andrag - Fayadh Zulkifli


Pemain Muda Kedah serasi dengan Victor Andrag - Fayadh Zulkifli


"Keserasian antara kami sudah terjalin lama terutama saya, Fadzrul Danel dan Loqman Hakim yang berada dalam skuad remaja bimbingannya sejak kami dalam pasukan Piala Presiden sebelum ini.


"Jadi ada dalam kalangan kami sudah faham dan cepat menyesuaikan diri dengan corak akan diterapkan Victor yang digelar Kapten Marvel Kedah dalam kalangan penyokong.


"Kami sudah biasa dengan cara beliau tambahan pula beliau berada dalam pasukan sejak 2019 lagi dan isu keserasian sebagai pengendali utama menggantikan Aidil (Sharin Sahak) tidak menjadi masalah buat kami," katanya.


Previous Post Next Post