Paulo Josue Harap Tuah SNBJ

Paulo Josue Harap Tuah SNBJ. Kapten pasukan KL City Josue berkata kemenangan mengalahkan JDT pada pusingan akhir Piala Malaysia yang lalu diharap dapat memberi tuah kepada pasukan KL City malam ini. Kuala lumpur city fc akan bermain sekali lagi di stadium Bukit jalil sebagai tuan rumah final piala afc 2022.


Paulo Josue Harap Tuah SNBJ


Paulo Josue Harap Tuah SNBJ

Dia berkata;

"Kita ada rekod yang baik di sana (SNBJ) dengan 100 peratus dan harap ia akan kekal dalam aksi final itu nanti.


"Kami perlu turun dengan menikmati suasana perlawanan yang juga aksi terakhir dalam kempen Piala AFC musim ini, dan cuba akhiri untuk menjulang trofi," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, hari ini.


"Selepas kami jatuh ke liga bawahan (Liga Perdana) dan tiada siapa sangka kami mampu bangkit dan mara ke final Piala Malaysia tahun lalu (juara), dan sekarang masuk pula final Piala AFC.


"Ia memang benar…pada mula dulu agak sukar tapi kami berjaya mara ke final, saya anggap ia perjalanan yang indah," kata pemain Brazil yang kini disebut-sebut antara calon naturalisasi negara.

Previous Post Next Post