KL City Naib Juara AFC Cup 2022

TAHNIAH KL City Naib Juara AFC Cup 2022. Satu pencapaian yang sangat membangga buat pasukan dari Malaysia yang mampu layak ke pusingan final piala afc ini.

Walaupun kalah tetapi ia cukup membuatkan rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian ini. KL City tewas 0-3 kepada kelab Al Seeb dari negara Oman. Sebenarnya kedua-dua pasukan di pentas final ini tidak pernah memenangi piala afc lagi sepanjang sejarah kelab mereka.


KL City Naib Juara AFC Cup 2022


Malam ini ia menjadi milik kelab oman ini. Gol pertama Al seeb dijaringkan oleh ali al busaidi pada minit ke 22 menerusi sepakan penjuru cantik terus ke gawang gol kl city. Gol kedua pula muncul hasil tandukan abdulaziz almuqbali pada minit ke 37 menewaskan kevin mendoza. keputusan kekal sehingga selesai babak pertama.


Bersambung babak kedua, pasukan Al seeb mendapat gol ketiga mereka dan kali ini gol tersebut dijaringkan oleh muhsen al ghassani pada minit ke 69. Gol tersebut menutup malam kl city yang suram tanpa sinaran.

KL City dijangka akan memperoleh sekurang-kurangnya rm 3 juta lebih hasil melangkah ke final dan juga mendapat tempat kedua kejohanan kali ini...

Previous Post Next Post