Kedah Kalah tipis di tangan Negeri Sembilan

 Kedah Kalah tipis di tangan Negeri Sembilan. Semalam berlangsungnya satu perlawanan tertunda melibatkan pasukan negeri 9 dan juga Kedah. kedua-dua pasukan sepatutnya bermain pada 7 haribulan tetapi atas sebab faktor cuaca, maka perlawanan ditunda ke 8 hb. Dan perlawanan ini menyaksikan tuan rumah memanfaatkan peluang yang ada dengan memenangi perlawanan tersebut.


Kedah Kalah tipis di tangan Negeri Sembilan


Kedah Kalah tipis di tangan Negeri Sembilan

Negeri sembilan membuka tirai jaringan menerusi Matheus Alves pada minit ke 25 dan Kedah dapat menyamakan kedudukan pada minit ke 45+3 sebelum rehat babak pertama.


Bersambung babak kedua, negeri sembilan terus mengasak kedah dan hasilnya gustavo menjaringkan gol pada minit ke 58 dan kemudian sean selvaraj menjaringkan gol ketiga negeri sembilan pada minit ke 64.


Gustavo sekali lagi menghukum kedah dengan gol keempat pada minit ke 70. Kedah seperti hilang arah selepas negeri sembilan mendapatkan gol ke 4nya itu. tetapi mereka berjaya bangkit pada minit ke 82 dan mendapatkan gol menerusi sanrawat dechmitr. 


kemudian marc vales berjaya mendapatkan gol ketiga kedah pada minit ke 90. Kedah tidak dapat mendapatkan gol keempat mereka dan ini bermakna keputusan akhir, negeri sembilan 4-3 kedah.

Post a Comment

Previous Post Next Post