Dollah Salleh Mahu Menang lawan JDT

Menjelang perlawanan Pahang dan JDT, Dollah Salleh Mahu Menang lawan JDT dan dia tidak rela kehilangan mata lagi untuk baki 3 perlawanan terakhir liga. 


Dollah Salleh Mahu Menang Dengan JDT


Dollah Salleh Mahu Menang lawan JDT

"Apabila beraksi di tempat sendiri memang susah untuk kita menang dan diharapkan baki tiga perlawanan akan menjadi milik Sri Pahang.

"Oleh itu, baki tiga perlawanan di halaman sendiri iaitu berdepan JDT Jumaat ini, diikuti Sabah FC (11 Oktober) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) (15 Oktober) perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Bagi saya, Sri Pahang tidak boleh kehilangan mata untuk meletakkan kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

"Kedudukan itu penting untuk kempen saingan Piala Malaysia nanti kerana ketika ini kami berada di tempat ketujuh liga," kata bekas pemain kebangsaan itu.


"Kami boleh memintas Kuala Lumpur City dan Kedah Darul Aman (KDA), masing-masing berada di kedudukan kelima dan keenam jika dapat menambah sebanyak mata.


"Oleh itu, tiga perlawanan di halaman sendiri tidak boleh dipersia-siakan," katanya.

Previous Post Next Post