Al Seeb Lebih Baik Daripada ... - Bojan Hodak

 Al Seeb Lebih Baik Daripada ... - Bojan Hodak Menjelang pertemuan KL City dan juga pasukan dari Oman, Al Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari jumaat ini. Jurulatih KL City , Bojan Hodak berkata kekuatan Al seeb lebih hebat berbanding Mohan Bagan yang bermain dalam liga india. KL City menang dengan Mohan Bagan menerusi sepakan penalti.


Al Seeb Lebih Baik Daripada ... - Bojan Hodak


Al Seeb Lebih Baik Daripada ... - Bojan Hodak

Hodak berkata; "Bagi saya Al Seeb dan Sogdiana lebih baik daripada Mohan Bagan, tetapi yang membezakan Sogdiana adalah mereka memberi tekanan cukup tinggi untuk menghalang pihak lawan bermain.


"Manakala ia berbeza dengan pemain Al Seeb yang memiliki keupayaan teknik individu yang baik terutama dalam situasi satu lawan satu, di mana mereka mempunyai skil baik dan pantas.


"Situasi inilah yang merbahaya dan tidak boleh beri ruang dalam situasi itu ketika bertahan," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.


"Mereka adalah pasukan pilihan di mana mereka ada enam pemain kebangsaan (skuad kebangsaan Oman), kebanyakan pemain mereka beraksi di Jepun ketika menang ke atas negara itu (Oman menang 1-0 ke atas Jepun) dalam kelayakan Piala Dunia tahun lalu.


"Jadi sudah tentu mereka akan tampil sebagai pilihan dengan pasukan negara mereka di tangga ke-75 dunia sementara kita pula 146," kata jurulatih kelahiran Croatia itu.


"Tetapi yang bagusnya di pihak kita adalah kita akan turun tanpa tekanan, walaupun kita bermain di tempat sendiri di Bukit Jalil biarpun tidak biasa bermain di situ, tetapi kita akan cuba berikan sepenuhnya dan cuba meraih keputusan positif di mana dalam aksi final masing-masing mahu berikan terbaik," katanya.

Previous Post Next Post