2 Pemain Utama Skuad JDT digugurkan Bertemu Pahang - Jurulatih JDT

PASTI 2 Pemain digugurkan, itulah yang dikatakan Ada Rombakan Kecil Skuad JDT Bertemu Pahang kata jurulatih Jurulatih JDT. Selepas berjaya memalukan Kedah di tempat lawan, kini skuad bidoglio bakal ke Stadium Darul Makmur pula bagi membuat perhitungan dengan pasukan Sri Pahang kendalian Dollah Salleh.


2 Pemain Utama Skuad JDT digugurkan Bertemu Pahang - Jurulatih JDT


2 Pemain Utama Skuad JDT digugurkan Bertemu Pahang - Jurulatih JDT

Sudah pasti peminat-peminat JDT mahukan pemain-pemain utama bermain dalam perlawanan penting seperti ini. Namun ada pemain yang bakal digugurkan dari skuad utama untuk perlawanan ini. Hector bidoglio berkata;


"Sudah menjadi lumrah dalam permainan bola sepak, ada pemain mengalami kecederaan dan yang kena layangan kad malah saya juga harus melihat siapa lagi yang kena kad kuning pada aksi menentang Kedah baru-baru ini dan akan melakukan rombakan kecil.



"Yang pasti saya tidak dapat menurunkan Bergson dan Shane pada aksi menentang Sri Pahang, malah Fernando (Forestieri) juga belum pasti dapat diturunkan memandangkan dia mengalami kecederaan dan semuanya bergantung kepada laporan pegawai perubatan.


"Kita akan turun dengan semangat juang berpasukan bagi meneruskan rentak kemenangan dan ia tetap perlawanan sukar tatkala beraksi di gelanggang lawan tapi kami mahu terus mengekalkan rekod tanpa kalah dan ia adalah motivasi terbaik untuk pemain mengharungi aksi nanti," katanya.


Previous Post Next Post