Sinopsis Telefilem Pintu Lain Ke Syurga

Telefilem Pintu Lain Ke Syurga ini merupakan telefilem yang ditayangkan pada 2014 yang lalu yang memberi kesan kepada penonton sempena sambutan maulidur rasul. Ia di tayangkan di saluran cerekarama dan pada tahun 2022 ia akan ditayangkan sekali lagi di tv3.


Sinopsis Telefilem Pintu Lain Ke Syurga


Sinopsis Pintu Lain Ke Syurga

Telefilem ini mengisahkan tentang haris yang dipenjarakan selama 5 tahun kerana najis dadah. Dia akhirnya dibebaskan selepas itu tetapi hidupnya menjadi kelam selepas penduduk kampung panda serong terhadapnya.

Namun, ahli keluarga tetap menerimanya kecuali abang iparnya, Nasir. Abang iparnya itu terus melayan buruk kepada Haris kerana dia rasa terbeban kerana terpaksa menjadi ketua keluarga haris selepas bapa haris meninggal dunia.

Odah, kakak haris juga sering menjadi mangsa kemarahan dan nafsu nya. Odah mempunyai penyakit rahim, bila nasir tak dapat bersama dengan dia maka nasir akan mengamuk dan marah.

Suri yang merupakan kekasih lama haris masih menantikan haris dan masih setia dengannya. Namun, keluarga suri tidak suka dengan haris kerana dia bekas penagih dadah. Nani juga sudah lain dan haris menyedari perkara itu. Dapatkah haris membantu keluarganya dan merungkai masalah sebenar yang belaku?

Sama-sama kita saksikan.

Senarai pelakon Pintu Lain Ke Syurga

Antara pelakon utama yang terlibat dalam cerita ini adalah Remy Ishak, Fizz Fairuz, Amyza Aznan, Aida Khaleda, Leez Rosli dan Datuk Ahmad Tarmim. Tayangan kedua cerita ini adalah pada 9 Oktober 2022 di saluran tv3.

Selamat menonton!


Previous Post Next Post