Target Ranking 100 Terbaik FIFA pada 2024 - Kim Pan Gon

Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon mengatakan tidak mustahil untuk skuad harimau malaya berada di dalam kelompok ranking atas 100 menjelang tahun 2024 nanti. Selepas melatih pasukan negara sejak Mac, Pan Gon ternyata lebih serasi dengan pemain dan memudahkan kerjanya mendapatkan keputusan terbaik dari pemain.


Target Ranking 100 Terbaik FIFA pada 2024 - Kim Pan Gon


Target Ranking 100 Terbaik FIFA pada 2024 - Kim Pan Gon

Jurulatih dari korea selatan itu berkata;

"Saya minta mereka (pemain) buktikan dalam pertandingan (Piala Raja Thai) ini untuk cuba bagi tentangan dengan pasukan yang pada tahap lebih tinggi di kedudukan 100.

"Jadi pemain tunjukkan yang mereka sebenarnya mampu dan kita boleh maju ke depan dan bersaing dengan pasukan lawan. Saya yakin untuk dua tahun lagi kita boleh capai tahap seperti itu," katanya lagi.

Ranking terburuk pernah di capai harimau malaya adalah pada 2018 iaitu di kedudukan 178. Manakala kedudukan terbaik pula adalah pada kedudukan yang ke 75 pada tahun 1993 dulu.

Malaysia berpeluang untuk menambah baik ranking pada setiap aksi antarabangsa selepas ini.


Previous Post Next Post