Ronald Ngah Wanja Penyelamat Kedah

Ronald Ngah Wanja Penyelamat Kedah. Pasukan Utara semalam telah menyaksikan perebutan siapakah kuasa hebat dalam derbi utara yang melibatkan pasukan Kedah dan Penang FC di stadium Darul Aman


Ronald Ngah Wanja Penyelamat Kedah


Ronald Ngah Wanja Penyelamat Kedah

Penjaring gol tunggal perlawanan, Ronald Ngah berjaya mendapatkan 3 mata penting untuk pasuakan Kedah dan ini juga merupakan kemenangan kedua kedah keatas penang musim ini.  

Kedah mendapat peluang terbaik melalui rembatan kencang penyerang utama Ronald Ngah pada minit ke-25 namun berjaya ditepis penjaga gawang lawan Hafizul Hakim.

Kedah sekali lagi hampa apabila gagal menyempurnakan peluang di depan gawang lawan melalui sentuhan Al Hafiz Harun pada minit ke-31 yang ditepis Hafizul Hakim. Ifwat juga terpaksa diusung keluar setelah bertembung dengan pemain penang.

Separuh masa kedua bermula, Kedah tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol mereka menerusi Ronald Ngah pada minit ke 56. Selapas itu tiada jaringan tambahan dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

Keputusan akhir, Kedah 1-0 Penang fc.


Previous Post Next Post