2 Pemain AMD Sertai Kelab Dari Luxembourg

2 Pemain AMD Sertai Kelab Dari Luxembourg. Selepas Luqman Hakim yang berkelana di Eropah, kini dua lagi pelatih AMD akan bermain secara profesional di sana juga.

2 Pemain AMD Sertai Kelab Dari Luxembourg




2 Pemain AMD Sertai Kelab Dari Luxembourg

Kedua pemain-pemain tersebut adalah Haykal Danish dan Roshishm Haikal yang mana mereka baru berusia 17 tahun. Untuk pengetahuan anda, mereka bersama dengan seorang lagi pemain AMD melakukan trial dengan pasukan tersebut pada Jun 2022 dan berjaya menarik minat kelab tersebut.

Berita ini di kongsikan oleh timbalan menteri belia dan sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata


"Mereka bersama seorang lagi pemain AMD, Muhammad Abu Khalil menjalani percubaan dengan pasukan divisyen dua Perancis, FC Annecy dan Racing FC.



"Racing FC menyatakan minat kepada AMD baru-baru ini untuk menandatangani Haykal dan Rohisham . Mereka akan menjadi pemain AMD kedua dan ketiga beraksi di Eropah selepas Luqman yang berada di Belgium.


"Kedua-dua pemain itu kini berlatih bersama pasukan kebangsaan bagi membuat persiapan menghadapi Kejohanan AFC Bawah 19 Tahun," katanya selepas melawat AMD di Gambang di sini hari ini.


"Ini kerana pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu menjejaskan usaha menghantar pemain AMD ke luar negara," katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post