Punca Nooa Laine Tak Dapat Call Up Kim Pan Gon

Punca Nooa Laine Tak Dapat Call Up Kim Pan Gon. Sejak pengumuman pemain semalam, ramai yang mempersoalkan FAM kenapa tidak memanggil pemain berdarah campuran, Nooa Laine. Ia menjadi sedikit isu apabila nama pemain itu dikatakan di cantas saat akhir? betul ker?

Punca Nooa Laine Tak Dapat Call Up Kim Pan Gon


Punca Nooa Laine Tak Dapat Call Up Kim Pan Gon

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, 

"Pihak Sekretariat FAM memang ada menghubungi pihak Nooa bagi mengetahui status terkini berhubung perkara berkenaan kerana nama pemain itu berada dalam senarai pendek untuk dipertimbangkan oleh Pan-gon sebelum dipanggil ke kem latihan pusat kali ini.


"Namun kami dimaklumkan Nooa hanya akan pulang ke tanah air pada Oktober ini bagi menyelesaikan urusan mendapatkan dokumentasi sebagai pemain warisan.

"Jadi berdasarkan situasi semasa itu, untuk panggilan latihan pusat kali ini, memang tiada namanya disenaraikan.

"Dakwaan itu tidak tepat kerana FAM baru petang semalam mengeluarkan siaran media senarai pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya, bukannya kelmarin. Malah surat rasmi juga baru dihantar ke kelab-kelab sejurus kemudian," katanya kepada Arena Metro.

"Kami di FAM sentiasa membuka pintu yang luas untuk Nooa menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada masa akan datang sekiranya prestasi semasa beliau berjaya menambat hati Pan-gon.


"Namun apa pun kita berharap agar Nooa dapat menyelesaikan segera urusan dokumentasi sepertimana yang dinyatakan akan diselesaikan pada Oktober ini, supaya tiada masalah jika dipanggil ke kem latihan pusat selepas ini," katanya.

Previous Post Next Post