Pertembungan Terengganu dan Pulau Pinang Final SUKMA 2022

Pertembungan Terengganu dan Pulau Pinang Final SUKMA 2022. Malam ini akan berlangsungnya penentuan pingat emas bagi acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA 2022). Perlawanan final ini menyaksikan Terennganu akan menentang Pulau Pinang di stadium KL City.


Pertembungan Terengganu dan Pulau Pinang Final SUKMA 2022




Pertembungan Terengganu dan Pulau Pinang Final SUKMA 2022

Ini kerana jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali berkata;

"Saya nak jumpa dialah (Akmal Rizal) di final kerana saya sudah lama kenal dengan Akmal. Kami beraksi bersama di Kedah, ambil lesen profesional pun bersama, siap duduk sebilik lagi. Kami turut saling berkongsi ilmu semasa dalam kursus.

"Cuma tekanan itu memang ada apatah lagi ini final pertama Terengganu selepas 12 tahun. Saya lebih suka untuk fokus perlawanan demi perlawanan dan tidak letakkan sasaran tinggi. Kami sasar suku akhir, separuh akhir dan kini ke final.

"Ini adalah pentas terakhir dan kami bersyukur kalau mendapat emas. Kami akan pergi sehabis mungkin dan pasukan bersedia di final tanpa sebarang kecederaan dan penggantungan," katanya.


Akmal Rizal yang juga jurulatih Pulau Pinang berkata;

"Saya rasa itu satu motivasi untuk kami tunjukkan aksi terbaik. Jangan pedulikan apa yang berlaku dengan pasukan senior dan kami bersaing sebagai pasukan Bawah 21 tahun (B-21).


"Moral pemain berada pada tahap tertinggi selepas kami ke final dan saya akan sediakan perancangan yang terbaik. Pemain betul-betul cergas dan memiliki kekuatan mental akan beraksi di final.


"Masuk ke final adalah satu sejarah untuk diri sendiri dan pemain. Jadi kami memang harapkan dapat meraih pingat emas," katanya.

Previous Post Next Post