Azam Azih mohon maaf atas kad merah

Azam Azih mohon maaf atas kad merah. Dalam perlawanan semalam hanya berbaki 2 minit sahaja lagi azam azih dikenakan kad merah kerana membuat tackle keras terhadap pemain Thailand. Hasilnya Thai mendapat sepakan percuma yang membawa kepada gol penyamaan. Masa tengok match semalam, memang geram sungguh dengan azam ni.


Azam Azih mohon maaf atas kad merah




Azam Azih mohon maaf atas kad merah

Tapi nak buat macam mana, inilah bola sepak. kalau tak fokus dan berhati-hati memang satu minit terakhir perlawanan pun boleh dapat gol atau dibolosi. Namun, Azam tampil memohon maaf atas apa yang dilakukannya. 


Azam berkata ; "Minta maaf semua, saya dah cuba yang terbaik tapi hilang fokus minit akhir. Terima kasih keluarga dan pasukan bagi kata-kata semangat.


"Komen-komen positif dan negatif semua akan jadi pembakar semangat saya untuk jadi lebih baik di masa akan datang," tulis pemain tengah Sri Pahang FC itu di laman sosial Instagram miliknya sejurus tamat aksi itu.

Nasib azam memang baik apabila, tuah kemenangan masih berpihak kepada Malaysia apabila kita menang penalti dengan jumlah 5-3 seterusnya layak ke final king's cup pada hari ahad nanti.

Previous Post Next Post