Penang FC Akhirnya dapat 3 mata!

Penang FC Akhirnya dapat 3 mata! Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat pasukan dari utara, Penang FC dapat menarik nafas lega selepas pasukan mereka berjaya mngalahkan KL City di stadium bandaraya semalam.


Penang FC Akhirnya dapat 3 mata!


Penang FC Akhirnya dapat 3 mata!

Tatkala semua penyokong sudah angkat bendera putih terhadap pasukan ini musim ini, para pemain terus menerus memberikan komitmen mereka dalam memenangi perlawanan ini. Lebih manis apabila penang juga tidak dibolosi dengan gol lawan.

Lucas Silva menjadi hero harimau kumbang apabila menanduk masuk bola hantaran pemain pertahanan Rafiuddin yang menghasilkan gol pada minit ke 76. 

Dia bagaimanapun dilayangkan kad kuning pada minit ke-89 kerana dilihat cuba melewatkan permainan.

Sebelum itu, Penang FC mendapat peluang mencetak gol seawal minit kelapan apabila tandukan pemain pertahanan KL City, Muhammad terkena muka rakan sepasukannya, Akram Mahinan sebelum singgah betul-betul di kaki Silva.

Namun Silva gagal menyempurnakan peluang terhidang apabila rembatannya tersasar daripada gawang gol lawan.

Disebalik kemenangan ini, satu perkara yang perlu dititik beratkan oleh jurulatih penang iaitu mereka perlu fokuskan ke bahagian pertahanan pasukan tersebut.

Banyak asakan yang berjaya di bolosi pihak lawan sehingga boleh membawa kepada gol untuk pihak lawan.


Previous Post Next Post