JDT nak Beli Papu Gomez Jika .. - TMJ

JDT nak Beli Papu Gomez Jika .. - TMJ. Dalam sesi soal jawab bersama penyokong semalam, ada yang bertanyakan sama ada papu gomez yang merupakan pemain sevilla akan dipancing oleh TMJ untuk pasukan JDT pada musim hadapan.


JDT nak Beli Papu Gomez Jika .. - TMJ


JDT nak Beli Papu Gomez Jika .. - TMJ 

TMJ berkata;  "Tapi jika Papu Gomez, dia boleh bagi saya komitmen, harga munasabah, InsyaAllah (sedia memancing)," kata Tunku Ismail ketika sesi soal jawab bersama peminat yang diadakan di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.


"Setakat dapat gaji besar dan lepas itu pencen daripada arena bola sepak. Siapa-siapa yang datang ke mari mesti komitmen sepenuhnya. Sanggup berlari beberapa meter untuk membantu pertahanan.


"Saya tak nak habiskan duit bayar gaji begitu mahal untuk pemain tak nak lari bertahan tiga meter. Di Johor tiada siapa bintang.


"Di Johor adalah pemain yang bagi komitmen sanggup mati antara satu sama lain. Komited bertahan, menyerang sebagai satu unit.


"Saya takkan boleh cari lagi satu Luciano Figueroa, saya gerenti kerana Malaysia bukan satu destinasi nama besar datang. Kalau mereka nak gaji besar, lebih hebat mereka pergi Jepun, China, Arab Saudi, UAE," katanya sekali gus menafikan khabar angin untuk mengikat Mesut Ozil.

Previous Post Next Post