Tok Ram Minta Hazrul Nizam Buang Rasa Gementar

Tok Ram Minta Hazrul Nizam Buang Rasa Gementar. Peseta yang mendapat kedudukan terbawah dalam persembahan minggu pertama gegar vaganza 9 adalah Hazrul Nizam. Dia membawakan lagu Kaulah Segalanya yang menyaksikan dia mendapat markah terendah berbanding para peserta lain.


Tok Ram Minta Hazrul Nizam Buang Rasa Gementar
gambar astro gempak


Tok Ram Minta Hazrul Nizam Buang Rasa Gementar

Dalam satu tembual sidang media selepas konsert, Tok Ram atau Dato Ramli MS meminta agar Hazrul membuang rasa gementarnya agar dia dapat bernyanyi dengan lebih baik. Tok ram berkata;

 “Itu disebabkan gementar. Nampak sangat dia rasa gementar, sebab bila jadi begitu, dia akan jadi sangat sharp. Masa rehearsal saya music director, saya rasa tadi dia menyanyi hanya 40 peratus sahaja.

“Saya agree apa Hetty cakap tadi, kalau tengok secara fizikal bila dia banyak sharp, hilang kawalan, itu semua disebabkan oleh stage-fright, nervous, mungkin sebab dia tengok penonton yang ramai,” 

Hazrul yang merupakan artis baru terbaik pada anugerah planet muzik 2004 itu dilihat terlalu gementar sehinggakan menjejaskan mutu nyanyiannya.

Kita harap abang hazrul dapat bangkit untuk berikan persembahan terbaik di minggu kedua nanti.



0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post