JDT 2 Berada di Laluan Tepat Untuk Juara Liga Perdana

JDT 2 Berada di Laluan Tepat Untuk Juara Liga Perdana. Selepas kekalahan kelantan di tangan Selangor 2 semalam, kita dapat saksikan yang pasukan simpanan JDT iaitu JDT 2 memenangi perlawanan menentang Terengganu fc 2. 

 

JDT 2 Berada di Laluan Tepat Untuk Juara Liga Perdana

JDT 2 Berada di Laluan Tepat Untuk Juara Liga Perdana

Gol pertama dari pasukan itu muncul selepas 7 minit perlawanan bermula selepas bola lorongan Adam Farhan Mohd Faizal menyaksikan Daryl Sham KK George bertindak merembat bola dari luar kotak penalti tepat ke penjuru kanan gol menewaskan penjaga gol, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin.



Skuad kendalian Badrul Afzan Razali sepatutnya mampu mencipta gol penyamaan pada minit ke-12 tetapi Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali gagal mengawal bola dengan baik apabila menyepak bola liar biarpun hanya berdepan penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan.


Bersambung separuh masa yang kedua, TFC II terus memberi tekanan dan hampir mencipta jaringan pada minit ke-46 selepas bola sepakan Petrus Shitembi tepat kepada Wan Mohamad Fazli yang menanduk bola tapi Izham Tarmizi berada di posisi terbaik untuk menyelamat bola.


Serang balas pantas JDT II hampir menghasilkan gol kedua pada minit ke-51 selepas Ahmadf Hazwan Bakri bijak melorongkan bola kepada Adam Farhan tapi gagal melakukan penyudah tepat selepas dihalang pemain pertahanan TFC II.


Malang buat Daryl Sham yang kempunan untuk mencetak gol kedua peribadi selepas bola rembatannya pada minit ke-53 hasil umpanan Adam Farhan terkena tiang di sebelah kanan ketika Syed Nasrulhaq sudah tertewas.


JDT II melenyapkan perjuangan TFC II selepas berjaya menghasilkan gol kedua pada minit ke-81 selepas bola lorongan Daryl Sham membolehkan pemain gantian, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan menolak bola menewaskan Syed Nasrulhaq.


Ketika aksi berbaki enam minit untuk ditamatkan Moussa Sidebe mencetak gol selepas mudah menewaskan Syed Nasrulhaq untuk memastikan kemenangan buat JDT II menewaskan TFC II 3-0 pada perlawanan itu.

Keputusan akhir, JDT 2 3-0 Terengganu fc 2.

Post a Comment

Previous Post Next Post