Sinopsis Filem Jerangkung Dalam Almari

ADI PUTRA dalam  Filem Jerangkung Dalam Almari, ini merupakan sebuah filem seram yang akan mula ditayangkan pada 4 ogos ini di semua pawagam di seluruh negara. Filem yang diarahkan oleh shadan Hashim.

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah seperti Datuk Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Affendi. Sinopsis Filem Jerangkung Dalam Almari pula berkisar mengenai kisan hantu yang duduk didalam almari. UEUU seram weh.

Sinopsis Filem Jerangkung Dalam Almari


Sinopsis Filem Jerangkung Dalam Almari

Secara penuh, filem ini mengisahkan tentang Fikri dan isteri, Shikin hidup dalam keadaan tidak tenang apabila merek sering diganggu makhluk halus.

Makluk jelmaan itu sering muncul dari dalam sebuah almari yang mana ia semakin mengancam nyawa mereka sekeluarga. Ditambah pula mereka mempunyai seorang anak lelaki. 

Fikri keluar untuk menuntut ilmu dengan Pak Hassan bagi mencari penawar terhadap masalahnya itu. Selepas belajar, dia pulang semula kerumah lama itu dan membuat perhitungan dengan Abang Ali. Jejaka yang mengetahui kisah di sebalik almari tersebut.

Info Filem Jerangkung Dalam Almari.

Filem ini bergenre seram dan akan mula ditayangkan pada 4 ogos 2022. Pengarah dan penulis skripnya adlaah orang yang sama iaitu shadan hashim. Filem ini diterbitkan oleh Raja Azmi tau utnuk produksi Akid Production.

Dalam Filem ini, watak dan pelakon yang membintangi filem init erdiri daripada Dato' Adi Putra sebagai Fikry, pelakon Sophia Albarakbah sebagai Shikin dan Hasnul Rahmat sebagai Ali. kita juga ada pelakon lagenda Wan Hanafi Su sebagai Pak Hassan dan Anne Abdullah sebagai Kak Itah.

Selain itu, watak pelakon kanak-kanak diberi kepada pelakon Isaac Iman sebagai Adam dan kemudian Zaidi Omar melakonkan watak sebagai Wak Ipin. Manakala Fazlina Ahmad Daud membawa watak sebagai Hamidah dan pelakon hebat Amerul Effendi sebagai Ramdan.

Tak sabar nak tengok cerita ni. Salah satunya kerana jarang nak tengok cerita hantu di pawagam dan diharap dengan aura adi putra akan melariskan jualan tiket untuk filem seram ini.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post