Selangor mahu balas dendam terhadap Terengganu

Selangor mahu balas dendam terhadap Terengganu Pasukan yang bergelut dengan prestasi, Selangor FC mahu melakar kejutan apabila mereka menerima kunjungan Terengganu Di stadium MBPJ.


Selangor mahu balas dendam terhadap Terengganu


Selangor mahu balas dendam terhadap Terengganu


Pengurus Selangor FC, Mahfizul Rusydin berkata, rata-rata pemain masih terkesan dengan kekalahan itu sekali gus menyimpan hasrat untuk membalas dendam dan mendapatkan 3 mata untuk liga.

Beliau berkata,


"Saya boleh katakan memang moral pemain agak terganggu selepas tewas kepada Terengganu FC pada perlawanan separuh akhir Piala FA. Namun, kita harus memandang ke depan dengan memperbaiki kedudukan di Liga Super serta cuba membuat yang terbaik di saingan Piala Malaysia.


"Ketika ini, semua pemain berada pada tahap terbaik dan mereka juga bersedia untuk beraksi pada perlawanan Rabu ini.


"Kita tetap optimis mampu mencabar pasukan yang berada di kedudukan ketiga dan keempat liga berdasarkan kepada baki perlawanan ketika ini," katanya ketika dihubungi Arena Metro.



Previous Post Next Post