Nunez Kad Merah, Liverpool Seri Lagi ! itulah yang digambarkan mengenai pasukan gergasi England Liverpool yang turun menentang Crystal Palace di Anfiled awal pagi tadi.
Nunez Kad Merah, Liverpool Seri Lagi !
Lebih mengecewakan apabila pemain termahal mereka, Darwin Nunez dilayangkan kad merah dan dibuang padang.
Crystal palace membuka jaringan terlebih dahulu menerusi Zaha pada minit ke 32. Kemudian Liverpool menyamakan kedudukan pada minit ke 61 menerusi Diaz.
Ditanya kepada klop mengenai kad merah Nunez, dia berkata;
"Sekarang dia sendiri sudah tahu," kata Jurgen Klopp apabila ditanya jika tindakan Nunez itu menyebabkan rakan sepasukannya kecewa.
"Sudah tentu ia kad merah. Dia diprovokasi, tetapi itu bukan cara dia sepatutnya membalas."
Liverpool memperoleh gol penyamaan menerusi Diaz dan Klopp berkata, dia bangga apabila 10 pemainnya bangkit selepas minggu yang sukar disebabkan krisis kecederaan awal musim.
Roberto Firmino, Thiago Alcantara, Diogo Jota, Joel Matip dam Ibrahima Konate semuanya diketepikan manakala Joe Gomez hanya cergas untuk masuk dari bangku simpanan.
Nat Phillips terpaksa membuat penampilan pertama dalam Liga Perdana sejak hari terakhir musim 2020/21 di bahagian pertahanan tengah manakala Klopp tiada pilihan di bahagian serangan pada penghujung aksi.
Post a Comment