"

Peter De Roo bukanlah asing dengan bola sepak Malaysia. Beliau pernah menjadi pengarah Teknikal FAM sebelum ini. Ketika ditanya mengenai penjenamaan dan penstrukturan semula liga Malaysia, ternyata De Roo mempunyai pandangan tersendiri tetapi memuji tindakan yang dilakukan oleh MFL.

Peter De Roo Puji Tindakan Struktur Semula Liga Malaysia


Peter De Roo Puji Tindakan Struktur Semula Liga Malaysia

"Saya berharap saingan Liga Simpanan ini akan membantu mengatasi jurang ini dan membuat peralihan lebih baik daripada pemain remaja berbakat sebelum menjadi pemain senior profesional," katanya ketika dihubungi Arena Metro.




"Purata umur pemain beraksi di Liga M ialah 28 tahun. Jadi jelaslah pemain muda berbakat Malaysia mempunyai cukup minit permainan. Peluang seterusnya yang ada adalah bermain bersama pasukan 'feeder' di Liga Perdana.


"Malaysia cukup bernasib baik dengan memiliki lima pasukan 'feeder' di Liga Perdana. Satu-satunya negara di dunia yang mempunyai pasukan 'feeder' di peringkat divisyen dua tanpa sebarang peraturan dan syarat," kata De Roo.


"Ketika perkara ini dibincangkan di FAM, saya meminta Datuk Ong Kim Swee (bekas Pengarah Teknikal FAM) untuk melihat beberapa peraturan lebih berkesan untuk Liga M.


"Ia membabitkan pemain yang melebihi usia, jumlah pemain Bawah 23 tahun dalam kesebelasan utama," kata De Roo yang juga bekas jurulatih dan pengarah teknikal kelab Belanda, SC Cambuur.




Previous Post Next Post