Padang SNBJ Dijaga Rapi Selepas Konsert Billie Eilish

Padang SNBJ Dijaga Rapi Selepas Konsert Billie Eilish. Rata-rata peminat bola sepak tempatan mula risau apabila Perbadanan Stadium Malaysia membenarkan konsert Penyanyi Luar negara, Billie eilish dilangsung di stadium bukit jalil.


Padang SNBJ Dijaga Rapi Selepas Konsert Billie Eilish


Padang SNBJ Dijaga Rapi Selepas Konsert Billie Eilish

Ia memandangkan masalah padang stadium berkenaan yang teruk sebelum ini bakal digunakan untuk perlawanan final Piala FA pada 10 September 2022 nanti. 

PSM tidak membuang masa demi menjaga kualiti padang tersebut, mereka telah memulakan proses penjagaan padang sebaik sahaja konsert Billie Eilish selesai. 

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Faidz Sanusi berkata, 

"Dalam tempoh tiga minggu, PSM akan menjalankan kerja persediaan padang dengan melakukan pemotongan rumput, pembaikan 'levelling' dengan meratakan keseluruhan padang selain kerja pengudaraan dan pembajaan bagi membaik pulih padang," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

--

kita harap perkara buruk tidak berlaku kepada padang berkenaan kerana perlawanan final nanti memang sangat penting dan melibatkan maruah dua kuasa besar bola sepak Malaysia iaitu Terengganu dan JDT.



Previous Post Next Post