KL City Menang lawan PSM Makassar

 KL City Menang lawan PSM Makassar.. Satu sejarah baru tercipta buat sukan bola sepaka Malaysia apabila sebuah pasukan berjaya menjuarai kejohanan AFC Zon Asean 2022. Pasukan tersebut adalah Kuala lumpur city atau KL City.


KL City Menang lawan PSM Makassar


KL City Menang lawan PSM Makassar

Pasukan dari ibu kota yang hadir ke perlawanan ini dengan misi untuk menang berjaya membuka jaring pada lewat permainan separuh masa pertama menerusi Sepakan voli cantik dari Romal morales pada minit ke 32 perlawanan. 

Kemudian pada waktu kecederaan separuh masa pertama, Jordan mintah menjaringkan gol hasil dari counter attack yang dimula dari bahagian pertahanan kubu KL City.


Sewaktu sepak mula babak kedua bermula, Reza pratama penjaga gol PSM Makassar membuat tackle yang kurang bersih keatas Mintah yang akhirnya menghadiahkan penalti kepada pasukan KL City.

Poulo Josue menjaringkan gol penalti berkenaan.

Namun, keseronokan KL City terganggu apabila PSM Makassar berjaya menjaringkan 2 gol dalam tempoh lima minit. Gol pertama pada minit ke 58 menerusi yakob sayuri dan gol kedua pula menerusi tandukan akbar tanjung.


Ketika, PSM mencari gol penyamaan, poulo josue berjaya mendapatkan gol buat KL City pada minit ke 85 dan gol terakhir dijaringkan oleh HADIN azman pada waktu kecederaan separuh masa kedua.

Keputusan akhir, KL City 5-2 PSM MAKASSAR.

Dengan kemenangan ini, KL City akan beraksi dalam perlawanan interzone afc cup 2022 pula nanti menentang pasukan dari zone asia yang lain. Semoga berjaya buat pasukan KL City.


Previous Post Next Post