JDT terlalu Kuat..

 JDT terlalu Kuat..itulah yang dapat digambarkan apabila JDT membelasah Penang fc dengan jaringan 6-1 pada aksi separuh akhir Piala Fa 2022.


JDT terlalu Kuat..


Gol pertama JDT diperoleh pada minit ke 20 selepas Bergson menjaringkan gol. kemudian selang 4 minit, Forestieri pula menjaringkan gol kedua JDT. 

Pulau pinang juga melakukan serangan menerusi Lucas namun sayang percubaannya gagal. Pada minit ke 48, Arif aiman meletakkan JDT lebih selesa untuk gol ketiga.

Selang 3 minit, Dia sekali lagi menjaringkan gol keduanya dan gol keempat pasukan.

Penang mendapat gol pertama mereka pada minit ke 55 menerusi Lucas. Namun pada minit ke 63 Arif aiman sekali lagi menjaringkan gol ketiganya dan gol kelima pasukan untuk perlawanan ini. Pada waktu kecederaan, Syahmi safari menjaringkan gol terakhir dengan mencukupkan jumlah gol kepada 6-1 untuk perlawanan ini.

Menanti JDT sama ada Selangor atau pun terengganu di pentas final piala ffa nanti. 


Tuan rumah melengkapkan malam gemilang pasukan itu pada aksi separuh akhir di laman sendiri pada minit akhr perlawanan selepas bola sepakan deras Syahmi Safari menyaksikan Rafael Vitor tertampan bola ke gawang sendiri dan kedudukan 6-1 kekal memihak skuad Harimau Selatan.

Previous Post Next Post