Isu Pergaduhan di Stadium Makin Meningkat.

Isu Pergaduhan di Stadium Makin Meningkat.itulah realiti yang berlaku sekarang ini dalam kancah bola sepak Malaysia. Kita ingat perkara seperti ini tidak akan berulang tetapi rupanya masih ada.

Isu Pergaduhan di Stadium Makin Meningkat.


Antara Isu Pergaduhan di Stadium Makin Meningkat.

Terbaru, pergaduhan penyokong yang saling tumbuk menumbuk berlaku di antara penyokong pahang dan melaka di stadium hang jebat ketika perlawanan kedua-dua pasukan masih berlangsung.  

Dalam perlawanan itu, Kedua-dua pasukan terikat 2-2 yang menyaksikan pahang membuat comeback pada minit-minit akhir perlawanan.

Sebelum itu, perkara yang lebih kurang sama berlaku di kelantan ketika perlawanan kelantan dan perak. Ketika itu, perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada Perak. Penyokong didakwa gagal dikawal sehinggakan penyokong perak dan pemain perak terpaksa di asingkan ke tengah padang atas urusan keselamatan.

Penyokong kelantan juga membaling batu dan mercu selepas dikatakan mendapat provokasi dari pasukan pelawat.

Jika perkara ini tidak dibendung, kita akan lihat lebih ramai yang akan menjadi mangsa dan lebih ramai yang akan berani melakukan perkara seperti ini di masa hadapan. Oleh itu, sebagai peminat bola sepak, kita harap perkara pergaduhan macam ni tidak berulang lagi.

Previous Post Next Post