Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Isteri Sultan Kelantan

Siapakah Che Puan Nur Diana Petra Abdullah? Sebentar tadi telah diisytiharkan mengenai isteri Sultan Kelantan atau Sultanah Kelantan Darul Naim.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Istana Balai Besar, Kelantan.

Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Isteri Sultan Kelantan


Siapa Isteri Sultan Kelantan?

Pengisytiharan itu dibuat mengikut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).


“Pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan ini turut dinamakan di dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Her Highness Sultanah of Kelantan’ dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan sebagai ‘Her Highness Che Puan Mahkota of Kelantan.


“Baginda turut mengampuni perkenan untuk mengurniakan pangkat kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan ke hadapan Yang Berbahagia Che Puan Sofie Lousie Johansson Petra iaitu isteri Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan,” katanya.


Maka, Che Puan Sofie Lousie akan menggunakan gelaran Che Puan Mahkota Kelantan. Kesemua kurniaan pangkat kemuliaan adalah berkuatkuasa pada hari ini iaitu 4 Muharram 1444 Hijrah bersamaan dengan 2 Ogos 2022.

Tahniah diucapkan kepada Sultanah Kelantan atas pengishtiharaan ini.




Previous Post Next Post