Bursa Malaysia JATUH !

Bursa Malaysia JATUH ! Itu laporan berita harian hari ini dan mereka berkata pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 16.29 mata kepada 1,484.0 daripada 1,500.29 pada Jumaat lalu.


Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 13.77 mata kepada 1,486.52.

Bursa Malaysia JATUH !


Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 494 berbanding 47 manakala 152 kaunter tidak berubah, 1,666 tidak diniagakan dan 81 yang lain digantung.


Jumlah dagangan sebanyak 200.45 juta unit bernilai RM105.12 juta.



Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata, bursa tempatan dijangka mencatatkan jualan yang meluas berikutan penurunan mendadak di Wall Street semalaman selepas kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menyokong kadar faedah tinggi pada Jumaat lalu.



"Kami percaya keputusan kadar faedah oleh Fed AS pada masa akan datang akan terus mendorong ketidaktentuan pasaran. Di peringkat tempatan, pelabur akan memantau data kadar inflasi Malaysia pada tengah hari," katanya.


Mengenai komoditi, firma pembrokeran itu berkata harga minyak mentah meningkat melebihi AS$100 manakala minyak sawit mentah (MSM) diniagakan melebihi RM4,150.


Bagi sektor yang menjadi tumpuan, katanya pelabur mungkin mengelak saham teknologi dengan kewujudan semula kebimbangan mengenai implikasi daripada kadar faedah tinggi terhadap pasaran global.


Bagaimanapun, mereka mungkin memilih sektor yang defensif seperti saham pengguna, amanah pelaburan hartanah, bahan binaan, utiliti dan sektor perbankan untuk menghadapi tempoh tidak menentu.


Sementara itu, saham wajaran tinggi Maybank dan Public Bank, masing-masing merosot tiga sen kepada RM8.88 dan RM4.60, Petronas Chemicals berkurangan satu sen kepada RM8.68, CIMB susut 11 sen kepada RM5.35 dan IHH Healthcare turun dua sen kepada RM6.35.



Previous Post Next Post