"Ainul agak "teruk" hari ni lepas diserang sawan" -Bapa

"Ainul agak "teruk" hari ni lepas diserang sawan" -Bapa. itulah yang disampaikan oleh bapa kepada adik ainul mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak. Awal bulan baru ini Ainul dimasukkan ke hospital dan telah dikeluarkan dari NICU selepas keadaan semakin pulih.


"Ainul agak "teruk" hari ni lepas diserang sawan" -Bapa


"Ainul agak "teruk" hari ni lepas diserang sawan" -Bapa

Namun, semalam keadaan Ainul bertambah teruk selepas di serang sawan. Berikut kami kongsikan posting bapa ainul mengenai situasi yang sedang berlaku sekarang ini.

--

Doakan Ainul. 

Ainul agak "teruk" hari ni lepas diserang sawan berulang kali semalam. Ini kali pertama Ainul kena sawan. Dan ianya berlaku 4 5 kali dalam tempoh tak sampai 12 jam.

Ainul nampak sangat berbeza sekarang. Ainul pernah banyak kali jatuh sakit sebelum ini, tapi saya nampak dia masih bertenaga untuk melawan walaupun diberi ubat tidur. 

Hari ini, walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan. Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan. Badannya kaku. 

Saya menangis semahunya sejak serangan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang. Saya sangat sayang dengan Ainul.

Saya redha. 

Doktor masih berusaha merawatnya. Kita semua sudah mendoakan yang terbaik untuknya. Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan. 

Jauh di sudut hati, Saya masih berharap keajaiban dari Allah swt. Semoga Allah swt izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata.

Tapi apa lah daya saya. 

Saya tidak tahu manakala DIA tahu segalanya. 

Doakan untuk Ainul Mardhiah kami.

Sumber : https://www.facebook.com/ahmadsafiuddinahmadrazak/posts/pfbid0aZSqkVCeYUNTUkH4L5SzfpzdtVR9gzhbKpEFEVakkMusjLZRP8J3dSLYsgXbZBpYl

--

Sebagai rakyat Malaysia, ayuh kita doakan kebaikan dan kesembuhan untuk adik ainul mardhiah kita ya. semoga diberi kesembuhan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Ainul kuat !


Post a Comment

Previous Post Next Post