Pengadil Tendang Kaki Pemain

isu Pengadil Tendang Kaki Pemain semakin tular dan mendapat perhatian peminat bola sepak Malaysia. Ramai yang meminta siasatan dilakukan mengenai perkara ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak tunggu lama apabila mereka telah pun membuat siasatan awal mengenai dua isu pengadil. pertama ketika perlawanan Kelantan vs jdt 2 dan juga isu pengadil tengdang pemain yang berlaku dalam aksi sabah dan selangor.

Pengadil Tendang Kaki Pemain


Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram berharap semua pihak memberi masa kepada mereka melakukan siasatan.

"Kita baru siasat, bagi kami dua, tiga hari sebab kami akan panggil jawatankuasa penilai prestasi pengadil dan kami akan adakan mesyuarat," katanya.

Dalam video yang viral memperlihatkan pemain Selangor, Fazly Mazlan bertekak dengan pengadil tersebut selepas dia didapati bersalah menjatuhkan baddrol bakhtiar.

Fazly yang tidak dapat menerima kesalahan tersebut kelihatan terus menerus mendekati pengadil tersebut. Namun tiba-tiba sahaja kaki pengadil tersebut seakan-akan menendang fazley.

Jadi sekarang ini kita tak dapat nak buat kesimpulan sebenarnya. Kalau tengok keadaan tu masa live memang nampak macam ada sesuatu yang dikatakan diantara mereka berdua.

Jadi kita perlu tunggu siasatan yang sedang dijalankan untuk mengetahui siapa yang bersalah.

Menerusi klip video yang tular, pertahanan SFC, Fazly Mazlan melakukan kekasaran kepada pemain Sabah FC, Baddrol Bakhtiar menyebabkan Baddrol tergolek di atas padang.


Previous Post Next Post