Negeri Sembilan Idam Bangkit Kalahkan Terengganu

Negeri Sembilan Idam Bangkit Kalahkan Terengganu. Selepas kekalahan kepada Sabah di tempat sendiri baru-baru ini, pasukan NSFC tidak lagi mahu kehilangan mata lagi. 

NSFC akan bertemu dengan terengganu di stadium tuanku abdul rahman, Paroi pada rabu untuk saingan liga super minggu ke 13.

Negeri Sembilan Idam Bangkit Kalahkan Terengganu




Negeri Sembilan Idam Bangkit Kalahkan Terengganu


Penolong ketua pasukan, Nasrullah Hanif Johan sedar dengarn kehebatan pasukan terengganu namun dia tetap mahu rakan-rakannya bangkit untuk mengalahkan gergasi pantai timur tersebut.

"Kelebihan beraksi di laman sendiri pada kali ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mendapatkan tiga mata selepas pertembungan sebelum ini di tempat lawan pada 29 Jun lalu, berkesudahan seri tanpa jaringan.

"Kami sedar pasukan perlu bangkit mencipta kemenangan dalam perlawanan berikutnya untuk memastikan kedudukan dalam kelompok tiga teratas carta Liga Super ketika ini tidak tergugat.

"Oleh itu, kemenangan ke atas Terengganu perlu direalisasikan di hadapan penyokong sendiri walaupun kemungkinan pasukan lawan mendapat tonik baharu hasil kemenangan dicapai pada saingan Piala FA," katanya di sini, hari ini.



Previous Post Next Post