Kampung Iboi dilanda Kepala Air Lagi

Kampung Iboi dilanda Kepala Air Lagi. Bebearap bulan lepas, kawasan ini menjadi tumpuan kerana masalah yang sama iaitu kepala air muncul sehingga memusnahkan kawasan rumah penduduk..

Semalam, kira-kira jam 3.45 petang, selama satu jam hujan lebat di sini menyebabkan kepala air berlaku lagi di kampung iboi, kedah.


Kampung Iboi dilanda Kepala Air Lagi


Hujan lebat itu mengakibatkan air sungai melipah dan mengalir dengan lajunya dibawah jambatan bailey yang dibina baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata;


"Air banyak sebab hujan tetapi ia tidak menjejaskan penduduk serta tidak menjejaskan jambatan itu, setakat jam 6 petang tadi," katanya.


"Orang ramai dinasihatkan supaya untuk berhenti dan mengambil gambar di tebing sungai untuk melihat air melimpah bagaikan pesta.


"Ini kerana tebing itu tidak kukuh lagi sebab tebing itu tebing berpasir. Kita bimbang tebing sungai runtuh dan membahayakan mereka," katanya.

-- 

kita doakan semua kembali pulih seperti sedia kala. kerajaan kedah juga telah membuat tindakan awal terhadap penduduk di kampung iboi ini selepas banjir pada 4 julai.

kita harap ia dapat diselesaikan dengan segera demi mengelakkan perkara sama berulang. 



Previous Post Next Post