Jordi Amat Pemain Paling Mahal Dalam Liga Malaysia

Jordi Amat Pemain Paling Mahal Dalam Liga Malaysia. Status ini sentiasa berubah rubah apabila berlakunya perpindahan pemain sewaktu sesi permindahan pemain. Awal musim ini, kita liga Fernando foriesteri menjadi pemain termahal dalam liga malaysia dengan nilai 4.03 juta ringgit. Kini status berkenaan menjadi milik Jordi amat.


Jordi Amat Pemain Paling Mahal Dalam Liga Malaysia


Jordi Amat Pemain Paling Mahal Dalam Liga Malaysia

Selepas pengumuman oleh JDT mengenai pengambilan pemain tersebut. Maka terbongkarlah nilai pemain tersebut yang mencecah nilah 4.5 juta ringgit.

Pemain yang pernah bermain di Espanyol, Rayo Vallecano, Real Betis dan Swansea City ini menjadi pemain paling mahal dalam liga super malaysia musim ini. 

Menurut seorang agen pemain, dia berkata

"Nilai Jordi itu sememangnya tepat memandangkan dia adalah pemain yang sudah beraksi cukup lama di La Liga dan EPL (Liga Perdana Inggeris).


"Ini langkah bijak daripada JDT kerana ia akan menaikkan nama kelab secara tidak langsung dan juga Liga M, di mana akan lebih ramai pemain dunia mahu mengetahui mengenai Malaysia dan juga JDT.


"Bila ramai pemain ternama mahu datang ke sini (Liga M), penaja luar juga akan bertambah dan mula meninjau peluang untuk menaja.


"Jadi macam saya kata tadi, walaupun JDT ambil pemain berprofil tinggi untuk kelab mereka, tetapi liga kita juga akan dapat tempias kerana semua ini ada rantaian yang berhubung kait antara satu sama lain.


"Jadi saya harap, kelab-kelab lain selain JDT harus bergerak secara profesional seperti yang dilakukan JDT agar liga kita terus berkembang jadi industri yang besar," katanya ketika dihubungi Arena Metro.



Previous Post Next Post