Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem

OK guys! Malam sabtu ini akan ditayangkan mencari siratul mustaqeem yang dibintangi oleh pelakon fauziah nawi, fasha sandha dan elisya sandha tau.

Cerekarama ini sebenarnya sudah pernah ditayangkan satu ketika dahulu. Kalau tak silap mencari siratul mustaqeem ini di tayangkan sempena maulidur rasul tahun lepas, 2021. Kiranya kali ini akan diulang siar lah. 

Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem


Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem

Cerita ini mengisahkan tentang hadijah yang sudah tua dan dia mahu hidup bahagia dengan anak dan cucunya. Selain itu dia juga mahu fokus dengan ibadah dan mencari jalan yang lurus (siratul mustaqeem.

Namun apa yang dirancang menjadi lain. Anak-anak yang diharapkan ada di sisi tinggal berjauhan dan jarang sekali pulang ke rumah. ditambah pula situasi PKP memang tidak dapat melihat anak-anaknya sekerap di rumah.

Situasi ini menyebabkan hadijah mula rasa sepi dan sunyi. mujurlah ada ali dan keluarganya yang dapat menjadi tempat dia menumpang kasih.

Bagaimanakah pengakhiran kisah hadijah ini? sama-sama kita saksikan.

Info cerekarama

Mencari siratul mustaqim ini pernah di siarkan pada 19 oktober 2021 jam 2 petang di tv3. Tapi untuk tahun 2022, dia akan ditayangkan untuk slot cerekarama tau. 

Tarikhnya pada 2 Julai 2022 pada jam 10 malam. Telefilem ini diarahkan oleh hashim rejab dan turut dibintangi pelakon hebat seperti  Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip dan Fadilah Mansor.

Selamat menonton!


Previous Post Next Post