JDT Lepaskan Benjamin Mora

 JDT Lepaskan Benjamin Mora. itulah yang diumumkan oleh laman rasmi JDT sebentar tadi. Alasan yang diberikan adalah jurulatih dari mexico itu perlu pulang ke negaranya untuk menyelesaikan isu peribadi yang tak dapat dielakkan.


JDT Lepaskan Benjamin Mora


JDT Lepaskan Benjamin Mora


Dalam pada itu, laman sesawang JDT penuh dengan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada jurulatih berkenaan selepas kejayaan demi kejayaan dihasilkan sepanjang khidmatnya di liga malaysia. 

Kenyataan rasmi JDT 

kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengucapkan terima kasih kepada Benjamin Mora atas khidmat baktinya.

Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang.

Benjamin merupakan jurulatih JDT yang paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

Benjamin telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017, dan memenangi 102 perlawanan.

Terima kasih, Benjamin. Anda akan selamanya menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT. Jumpa lagi.

Previous Post Next Post