Sarawak United Lantik Balachandran Ganti Sathianathan

 Sarawak United Lantik Balachandran Ganti Sathianathan. Baru baru ini jurulatih sarawak united, B Sathianathan telah mengumumkan bahawa dia akan berehat seketika dari dunia bola sepak atas faktor kesihatan yang dialaminya.

Justeru itu, pasukan sarawak united mengucapkan terima kasih atas jasanya dan berharap dia dapat kembali menjadi jurulatih mereka setelah sembuh. Bagi menggantikan Sathianathan, Sarawak United telah melantik balachandran untuk menjadi jurulatih mereka.

Sarawak United Lantik Balachandran Ganti Sathianathan


Sarawak United Lantik Balachandran Ganti Sathianathan

Coach Bala pula bukanlah asing dalam arena bola sepak tempatan. Dia pernah hampir membawa skuad bawah 16 tahun negara ke Piala Dunia remaja pada 2014 yang lalu.

Dan karier yang paling diingati adalah menjadi pembantu kepada tan cheng hoe dari tahun 2018 hingga 2021 yang mana dia membantu skuad senior bola sepak negara.

Diharap dengan pelantikan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada penyokong sarawak united selepas pasukan itu kalah dibelasah selangor baru-baru ini.

Semoga berjaya coach!


Previous Post Next Post